Pemergian Cahaya Mata Sulung Pengerusi Isma Mesir

img_20161219_234911

MADINAT NASR, 19 Disember – Seluruh warga Isma Mesir pada hari ini menzahirkan kesedihan di atas pemergian cahaya mata sulung pasangan pimpinan tertinggi Isma Mesir, ustaz Umar Farouq Bin Morhalim, Pengerusi Isma Mesir dan isteri beliau ustazah Wafa Binti Abdul Halim, mantan Timbalan Ketua Wanita Isma Mesir.

Bayi yang diberi nama Ruqayyah tersebut disahkan meninggal dunia di dalam inkubator tepat jam 11:09 pagi waktu tempatan selepas selamat dilahirkan pada 14 Disember yang lalu. Anak syurga ini dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria dalam badan yang seterusnya memberi kesan kepada seluruh sistem badan.

Solat jenazah yang dihadiri oleh puluhan ahli Isma Mesir dan dipimpin sendiri oleh Ustaz Umar Farouq telah dilaksanakan di Masjid Salam, Hayyu Asyir selepas solat Asar kira-kira jam 4 petang. Selain itu, wakil dari pihak Education Malaysia Egypt (EME), ustaz Hj. Azmi Bin Muhamad, Setiausaha Kedua (Pendidikan) KBMK turut hadir mengiringi pengebumian jenazah. Jenazah telah selamat dikebumikan di Perkuburan Keledang KBMK, Kaherah pada jam 4:33 petang pada hari yang sama. Majlis tahlil ringkas telah diadakan semasa pengebumian jenazah.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *