Lagi Berita Gembira dari Pasangan Pimpinan Isma Mesir

photo130714985057857642KAHERAH, 17 Disember – Seluruh warga Isma Mesir menerima berita gembira dari ustaz Umar Farouq dan pasangannya ustazah Wafa’ atas anugerah cahaya mata pertama yang lahir tepat jam 9.40 malam rabu lepas bersamaan 14 Disember 2016.

Pasangan ini masing-masing merupakan pimpinan utama Isma Mesir. Ustaz Umar Farouq bin Morhalim sebagai Pengerusi Isma Mesir, manakala pasangannya ustazah Wafa’ binti Abdul Halim pula mantan Timb. Ketua Wanita Isma Mesir.

Bayi perempuan seberat 1.5kg selamat dilahirkan di Hospital Markaz el-Judiy, Abbas Aqad. Bayi yang berkongsi tarikh kelahiran dengan ibunya ini masih dibawah pantauan doktor kerana lahir sebulan awal dari tarikh jangkaan.

Warga Isma Mesir mendoakan pasangan ini dan anaknya terus kuat dan bertambah sihat agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Comments

comments

Leave a Comment