JKC baru sesi 2017: Ke arah memasyarakatkan dakwah Isma Mesir

jkc_2017_5
HAYYU SABIE’, 30 November – Tahniah serta takziah diucapkan kepada barisan Jawatan Kuasa Cawangan (JKC) Isma Mesir yang baharu bagi sesi 2017. JKC Isma Mesir meletakkan slogan ‘Memasyarakatkan dakwah Isma Mesir’ sebagai slogan yang bakal menerajui masyarakat mahasiswa dalam beramal dengan amal Islami secara menyeluruh.

Menurut Pengerusi Isma Mesir sesi baharu, Ustaz Umar Farouq bahawa Isma Mesir akan lebih perkemas dan menyusun amal dakwah yang lebih berkesan kepada masyarakat mahasiswa Malaysia di Mesir demi keberjayaan agenda Islam di Malaysia kelak. Beliau juga berpesan agar setiap ahli tidak leka dari tiga fokus utama iaitu :

1. Melahirkan ahli yang mempunyai fikrah yang mantap, ibadah harian yang terjaga dan aktif beriadhah.

2. Ahli yang bersungguh menyampaikan seruan Islam, serta giat keluar berdakwah.

3. Meletakkan sasaran supaya ahli Isma Mesir merupakan mahasiswa yang paling cemerlang dalam bidang akademik, menjadi pakar dan rujukan dalam bidang masing-masing. Bahkan mampu beramal dengan ilmu yang dikuasai tersebut.

Berikut merupakan senarai JKC Isma Mesir bagi sesi 2017 :

Pengerusi : Umar Farouq Morhalim
Timbalan Pengerusi : Abdur Rahman Ahmad Raji
Setiausaha Agung : Muhammad Muadz Mohd Rais
Bendahari Kehormat : Habib Abdul Fisol
Ketua Wanita : Ain Syafiqah Mohd Zaid
Timbalan Ketua Wanita : Sumaiyah Rushdan

Biro-biro dalam JKC Isma Mesir sesi 2017 :

Dakwah & Penerangan : Siddiq Mohd Amin
Pengkaderan : Ahmad Nawal Mazlan
HED & Kebajikan : Ahmad Qatadah Ismail
Akademik & Tokoh : Wan Ahmad Fathin Wan Johari

Isma Mesir akan terus komited dalam melaksanakan usaha mengislah masyarakat, serta mentarbiah ahli dan masyarakat sekeliling.

Comments

comments

Leave a Comment