Sudut pandang politik di sisi ISMA

ikatan_muslimin_malaysia

ISMA ataupun Ikatan Muslimin Malaysia adalah sebuah gerakan dakwah Islam sederhana, yang bermatlamat untuk mendirikan sebuah tamadun Islam di bumi Malaysia. ISMA meletakkan agenda mendaulatkan Islam sebagai teras dalam gerakannya, baik dari sudut politik, perundangan, ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan, dan lain-lain. Dakwah adalah teras fikrah, tujuan perjuangan, serta nadi utama setiap ahli ISMA, yang menjadi kegiatan harian yang wajib dilakukan demi melihat cita-cita murni untuk mendaulatkan Islam dapat dicapai.

Fikrah ISMA adalah Islam itu sendiri. ISMA tidak menambah, atau membuang apa-apa unsur pun daripada ajaran Islam, sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah dan dipraktikan oleh Rasulullah dan para Sahabat. Sepertimana generasi salafussoleh yang awal melihat Islam, begitu jugalah kacamata ISMA dalam melihat kesyumulan Islam yang sempurna.

Politik adalah sebahagian daripada kesempurnaan ajaran Islam. Kekuasaan dan pemerintahan adalah unsur penting yang diperlukan untuk melengkapkan syariah Islamiyyah. Tanpa politik, umat Islam tidak mempunyai kuasa serta tidak mampu memerintah, lantas menyebabkan perundangan Islam tidak dapat dijalankan secara menyeluruh.

Maka di sini, ISMA melihat politik hanya sebagai wasilah (alat), bukan ghayah (matlamat). Politik adalah salah satu jalan yang perlu dilalui dalam kerangka agenda mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Tanpa keterlibatan politik, cita-cita ini hanyalah angan-angan dan retorik yang tidak mampu dicapai dan direalisasikan.

ISMA juga melihat, politik adalah pentas dakwah yang lebih luas cakupannya, lebih rasmi persekitarannya. ISMA mesti memastikan pemidato dan du’at mereka berada di pentas ini, untuk meninggikan kalimah-kalimah dakwahnya, serta memastikan suara delegasi umat yang berada di pentas rasmi ini tersebar dan sampai ke seluruh pelusuk masyarakat.

Pentas parlimen tidak didirikan atas seruan parti-parti politik yang berbeza, bahkan ianya adalah sebuah pentas umat. Pentas yang sepatutnya berkumandang setiap fikrah yang baik, dan terbit daripadanya bimbingan yang sejahtera dan berrmanfaat serta mengambil kira keprihatinan masyarakat.

Atas dasar ini, ISMA merasakan wasilah politik adalah salah satu method untuk melengkapkan lagi usaha dakwah yang dilakukan. Method dakwah bukan sekadar peringatan dan ceramah semata-mata, bahkan dakwah juga perlu diperlukan dalam pentas dan himpunan rasmi.

Ustaz Amar Ismat Bin Mohd Nasir merupakan Graduan Kuliah Usuluddin Jabatan Aqidah & Falsafah Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau aktif dalam menyuarakan suara dan pandangan dalam pelbagai isu semasa dari sudut pandang falsafah yang merupakan kepakaran beliau di pelbagai medium termasuk blog, akhbar dan portal berita.

Ustaz Amar Ismat Bin Mohd Nasir merupakan Graduan Kuliah Usuluddin Jabatan Aqidah & Falsafah Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau aktif dalam menyuarakan suara dan pandangan dalam pelbagai isu semasa dari sudut pandang falsafah yang merupakan kepakaran beliau di pelbagai medium termasuk blog, akhbar dan portal berita.

Comments

comments

Leave a Comment