Isu RUU 355, adakah anda faham tabiat perubahan?

photo_2016-10-21_07-47-26

Ramai orang-orang Islam di Malaysia ini hendakkan perlaksanaan Islam secara sempurna tetapi tidak faham tabiat perubahan.

Apakah kita hendakkan perubahan itu jatuh segedebuk dari langit?
Penjajah baratpun perlukan ratusan tahun nak ubah sistem hidup dan cara fikir kita orang islam. Ubah sikit demi sikit. Sehinggalah orang islam menjadi sepertimana kita tengok hari ni.

Kalaulah hendakkan semua itu berlaku segedebuk, maka cara fikir sebegini adalah cara fikir ISIS.

ما لا يتم الواجب إلّا به فهو واجب (‘Sesuatu’ yang tidak sempurna tanpa’nya’, maka ‘sesuatu’ itu menjadi wajib)

Kita mahukan ‘hudud Islam’, tetapi kita tidak mahu ‘memperkasakan mahkamah syariah’. Mahkamah syariah kekal kecil dan lemah. Itu belum sebut ‘memperkasakan kuasa politik orang Islam’.

RUU 355 hanyalah sebuah peluang permulaan yang baik untuk memperkasakan dan memperluaskan kuasa Mahkamah Syariah. Jika tiada kuasa, jangan haraplah boleh meminda segala yang detail-detail, apatah lagi kalau mahukan ‘hudud islam’.

Ia bukanlah ‘blank cheque’, itu hanyalah dakwaan untuk menakut-nakutkan. Tidaklah semudah itu untuk meminda akta-kata dalam mahkamah syariah. Hudud atau tak hudud, potong tangan atau tidak, itu kena masuk dewan lagi. Masuk DUN, debat lagi, kena prosedur itu ini, kena ada infrastuktur, kajian terperinci, kesediaan masyarakat dan banyak lagi.

RUU 355 ini adalah satu simbol bahawa Mahkamah Syariah bukanlah lekeh sangat. Sehinggakan orang merosakkan anak dara orangpun hanya didenda maksimal RM5000! Orang menjual mercun pun boleh kena denda RM10 000. Paling kurang biar setimpal.

Kalau mahkamah syariah kekal jadi ‘second class’, macam mana hendak besarkan gaji Hakim Mahkamah Syariah? Macam mana nak tingkatkan infrastruktur? Macam mana nak setanding mahkamah sivil sehingga boleh diimplemenkan pada semua orang?

British telah berjaya men-‘second class’-kan mahkamah syariah. Sekarang British sudah tidak ada, terpulanglah pada diri kita sendiri.

Tanggungjawab memperkasakan syariah adalah tanggungjawab semua, bukan PAS atau UMNO sahaja. Mungkin sesetengah orang dia boleh buat apa yang dia boleh buat. Sama juga kita, kita boleh buat apa yang kita mampu buat sahaja.

Bahkan ada sekian-sekian benda sahaja kita mampu buat pada masa generasi kita, selanjutnya mesti disambung oleh generasi seterusnya.

Jadi janganlah harap orang lain boleh buat semua benda.

Sekian.

Muhammad Affiq Bin Kamaruzaman
Perubatan tahun 6
Universiti Ain Shams, Kaherah

Comments

comments

Leave a Comment