Riadhah Mega Isma Hayy Sabie lahirkan mahasiswa sihat dan cergas

photo_2016-10-17_20-44-56
HAYYU SABIE, 17 Oktober – Puluhan mahasiswa turut menjayakan Riadhah Mega anjuran Isma Hayy Sabie’ yang bertempat di Nadi Syabab, Hayy Sadis. Program riadhah yang menggabungkan sukan badminton dan futsal ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara mahasiswa di samping menyihatkan badan untuk lebih cergas dalam menuntut ilmu di perlembahan Nil ini.

Pengarah program saudara Amir Hamzah Bin Miswan turut menjemput seluruh mahasiswa di Mesir khususnya warga Hayy Sabie’ untuk bersama bersukan dan riadhah pada tiap hari Jumaat bersama Isma Mesir bertempat di Hayy Safarat selepas subuh. Menurut beliau juga, Isma Mesir komited dalam melahirkan mahasiswa yang sihat tubuh badan dan cergas akal dengan menganjurkan pelbagai program kesukanan pada mahasiswa dan mahasiswi Mesir.

Riadhah Mega ini berlangsung pada jam 7 pagi hingga 9 pagi pada hari Jumaat lepas.

 

photo_2016-10-17_20-46-44

Comments

comments

Leave a Comment