Anak syurga aktivis Isma Mesir

photo_2016-10-16_16-12-06
MADINAT NASR, 15 Oktober – ISMA-Mesir hari ini merakamkan ucapan takziah kepada pasangan aktivis Isma Mesir, Ustaz Ismail bin Jufri dan pasangannya Ustazah Lubabah Binti Mohd Muhsin atas pemergian puteri sulung mereka kira-kira jam 10.o0 pagi hari ini di Hospital El Judy, Abbas Aqqad.

Bayi tersebut dilaporkan meninggal di luar kandungan dalam usia enam bulan berpunca daripada jangkitan kuman. Solat jenazah telah diadakan di Masjid Salam pada jam 2.00 petang. Jenazah selamat dikebumikan selepas zohor di Tanah Perkuburan Kedutaan Malaysia di Hayyu Asyir.

” (Iaitu) orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. ”
(Al-Baqarah: 156-157)

photo_2016-10-16_16-13-00

photo_2016-10-16_16-13-06

 

Comments

comments

Leave a Comment