Hari Keluarga Isma Madinah Nasr : Ukhuwah sumber kekuatan pendakwah

 Hari Keluarga Isma Madinah Nasr : Ukhuwah sumber kekuatan pendakwah

14484823_540678306132566_7278294787307515819_n
14440873_540678622799201_4423751324615690253_n
MADINAH NASR, 25 September – Kira-kira 60 orang ahli Isma-Mesir Syukbah Madinah Nasr telah bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Hari Keluarga Isma-Mesir Syukbah Madinah Nasr pagi semalam. Program yang bertempat di Nadi Syabab, Hayyu Sadis tersebut telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga jam 11.00 pagi.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi merapatkan lagi hubungan ukhuwwah antara ahli Isma-Mesir Syukbah Madinah Nasr selain meningkatkan semangat kesukanan dan budaya sihat dalam kalangan ahli.

Tiga jenis permainan sukan iaitu futsal, bola tampar dan badminton telah dipertandingkan di dalam program ini. Seterusnya program diserikan lagi dengan ucapan wakil Majlis Tertinggi Isma-Mesir Syukbah Madinah Nasr, Ustaz Lutfi Paridin dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

“Moga dengan perkumpulan ini dapat memberi semangat dan tolakan kepada ahli untuk meletakkan diri di posisi sebenar sebagai seorang mahasiswa dalam setiap sudut kehidupan di bumi Mesir, terutamanya dalam tugas sebagai seorang pendakwah yang akan memikul beban risalah ini”, ujar Ustaz Amir Nafhan selaku pengarah program semasa dihubungi wartawan semalam.

14433079_540678356132561_3987752481299632804_n

14446217_540678612799202_857921506280526900_n

14449800_540678339465896_5980610992872526702_n

14457291_540678409465889_1351110056333766200_n

14485051_540678522799211_8519294300621825882_n

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *