Jelajah Ain Suknah menarik minat Mahasiswi

2

 

Ain el sokhna, 24 September­-Hampir 30 orang mahasiswi baru telah mengikuti Jelajah Ain Sukhnah baru-baru ini yang dianjurkan oleh Unit PSMB Akhawat Isma Madinah Nasr. Jelajah Ain Sukhnah diadakan adalah untuk meraikan kehadiran mahasiswi baru merasai kenikmatan ciptaan Allah di mesir. Oleh sebab itu, program ini bertunjangkan objektif utama bertadabbur alam sambil berukhuwah. Antara aktiviti yang menarik yang diadakan adalah game pantai, makanan rohani, BBQ dan banyak lagi.

“ Antara adab-­adab berukhuwah adalah niat ikhlas kerana Allah. Bersahabat tanpa kepentingan lain. Suka untuk saya bawa satu kisah malaikat dan seorang lelaki bila mana lelaki tersebut ingin menziarahi sahabatnya lalu ditanya malaikat, “adakah ada kepentingan lain? Pantas dijawab oleh lelaki “tidak. Ia hanya kerana Allah” malaikat berkata “ Allah akan menyayangimu seperti mana kamu menyayangi saudara kamu”.” ­ Ujar Ustazah Nurul Afni ketika sesi makanan rohani.

Dilaporkan bahawa respon dari peserta adalah menyeronokkan dan terisi rohani dan jasmani.

“ Saya berharap agar peserta dapat merasai objektif yang digariskan” kata pengarah program, Ustazah Fathiyyah Tasnim binti Ishak.

Comments

comments

Leave a Comment