Mahasiswi Mansurah Raikan Aidiladha dengan Meriah

1

 

 

MANSURAH,23 September 2016: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah telah berjaya menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Adha. Berlangsung selama 3 jam,bertempat di Beyt Zara Syarik Siddiq, dari jam 1 petang hingga jam 4 petang.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh saudari Maryam Mardhiyah Binti Ithnin dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Cawangan ISMA Mansurah,saudari Abiidah Binti Fadzlan Shahidi.Antara acara yang telah dijalankan sepanjang majlis ialah cabutan bertuah,tayangan video ,persembahan nasyid dan Ucapan daripada wakil Jawatan Kuasa Cawangan ISMA Mesir.

“Apabila kita menerima satu jemputan daripada saudara seIslam kita,kita sudah pun secara tidak langsung menunaikan hak ukhwah terhadap mereka.Kebanyakkan daripada  kita akan meletak target tertinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan merealisasikan impian kedua ibu bapa.Namun,sejauh mana kita berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah di muka bumi ini ?” demikian kalam daripada Ketua Wanita ISMA Mesir,Ustazah Fadhlin Sakinah Binti Mohd Hussaini yang turut hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Adha ISMA Mansurah.

Comments

comments

Leave a Comment