Masyarakat Mansurah raikan Aidiladha bersama Isma Mansurah

14457352_10155318316187846_8713257828173171218_n

MANSURAH, 23 September – Rumah terbuka Aidil Adha anjuran Isma Mesir syukbah Mansurah bertempat di Beyt etihad di Syari’ Samanoudi telah menerima tidak kurang dari 40 tetamu dari berbagai lapisan masyarakat mahasiswa Mansurah.

Rumah terbuka ini bermatlamat untuk meraikan makna pengorbanan dan merapatkan hubungan antara masyarakat pelajar dan menyambut mahasiswa baru. Hidangan istimewa mee celup dan dilengkapkan dengan santapan rohani oleh Ustaz Solehuddin Ismail selaku wakil ahli Jawatankuasa Cawangan Mesir dan ucapan ringkas Ketua Syukbah, Ustaz Muhammad Mohd Hasan menyerikan lagi jamuan aidiladha ini. Majlis bermula jam7 malam hingga 11 malam.
14463019_10155318313937846_7796908532714687758_n

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *