Anak Melayu di Hari Malaysia

iqwanbaby

MADINAH NASR, 16 September – Telah terukir dalam sejarah malaysia bahawa tarikh ini sangat bermakna buat semua warga malaysia. Dalam pada itu, terukir lagi satu sejarah dalam hidup pasangan ahli Isma Mesir Ustaz Mohd Iqwan, graduan kuliah syariah dan Ustazah Husna Abdul Halim, pelajar Tahun 4 Perubatan dan tahun 4 syariah dengan pengkhabaran berita gembira kelahiran mujahid sulung mereka.

Dilaporkan bahawa bayi selamat dilahirkan pada jam 6.35 petang di Hospital Fatimah Zahraa, Madinat Nasr berada dalam keadaan sihat seberat 3 kg.

Warga Isma Mesir turut berasa gembira dengan kelahiran pewaris dakwah. Semoga anak kecil ini bakal mujaddid akan datang.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *