JUADAH ’16 raikan masyarakat pelajar Malaysia di perlembahan Nil pada raya pertama Aidiladha

 JUADAH ’16 raikan masyarakat pelajar Malaysia di perlembahan Nil pada raya pertama Aidiladha

photo_2016-09-14_13-47-36
MADINAH NASR, 14 September – Hari raya pertama Aidiladha buat masyarakat pelajar Malaysia di perlembahan Nil diraikan lagi dengan Jamuan Aidiladha Isma Mesir (JUADAH ’16) dibawakan khas oleh Isma Mesir yang bertujuan untuk menghubungkan silaturrahim dan memeriahkan lagi suasana hari raya korban untuk tahun ini.

Majlis yang bertempat di Masjid Salam Hayyu Asyir, Kaherah ini telah menyediakan pelbagai juadah dan diserikan lagi dengan kehadiran TYT YM Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Prof Madya Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim, Menteri Penasihat (Pendidikan) Education Malaysia Egypt (EME). TYT YM Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ku telah dalam ucapan beliau merakamkan terima kasih kepada Isma Mesir terhadap penganjuran JUADAH ’16 ini dan mengingatkan hadirin bahawa Aidiladha bukan sekadar sirah yang sering dibaca oleh kita tetapi ia adalah suatu bentuk pengorbanan yang mesti dirancang.

Tambahan pula, pengarah program Ustaz Abdul Halim Bin Ismail turut menyatakan kegembiraan beliau terhadap tetamu-tetamu yang hadir lantaran kemeriahan tetamu dan hadirin yang rancak bersalaman dan berbual merapatkan silaturrahim di samping menjamu selera mencapai objektif program JUADAH ’16. Majlis bermula jam 3 petang sehingga 6 petang.
photo_2016-09-14_13-46-49

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *