Mahasiswi teruja kempen World Quran Hour yang dilancarkan Isma Mesir

photo_2016-09-12_01-00-54

MADINAH NASR, 11 September – Tidak kurang dari 80 mahasiswi telah terlibat dalam Kempen World Quran Hour yang telah berlangsung serentak di muhafazah Kaherah, Iskandariah dan Tanta kira-kira jam 3 petang siang tadi.

Kempen ini dimulakan dengan aktiviti bertadarus Al-Quran mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Bertemakan Al-Quran sebagai sumber kehidupan umat Islam, kempen ini juga mahu memupuk sifat cintakan Al-Quran serta membudayakannya dalam kehidupan seharian mahasiswi.

Kempen ini berakhir pada jam 5 petang dengan aktiviti iftar bersama di syukbah Madinat Nasr. Mahasiswi yang hadir turut melahirkan perasaan gembira dan teruja terhadap kempen ini. Isma Mesir turut mengambil bahagian dalam penganjuran Kempen World Quran Hour yang jatuh pada 9 Zulhijjah iaitu pada hari Arafah.

photo_2016-09-12_01-00-57

Comments

comments

Leave a Comment