Isma Mesir lancar kempen World Quran Hour ke seluruh Mesir

photo_2016-09-11_15-56-34MADINAH NASR, 11 September – Menyahut seruan kempen World Quran Hour yang dilancarkan di seluruh dunia pada 9 Zulhijjah bersamaan 11 September hari ini, Isma Mesir turut menjayakan kempen ini di seluruh muhafazah di Mesir serentak pada jam 5 petang hari ini. Bertemakan Al-Quran sebagai sumber utama umat Islam, usaha kempen ini juga menggalakkan masyarakat utuk hidup bersama Al-Quran di samping ianya dijadikan bacaan dalam kehidupan harian.

Kempen ini juga telah dilaksanakan oleh seluruh cawangan Isma di seluruh negara mahupun di luar negara termasuk di Mesir. Aktiviti bacaan Al-Quran sempena kempen World Quran Hour pada hari ini mengumpulkan sejumlah masyarakat pelajar di setiap muhafazah di Mesir untuk bersama-sama membaca Al-Quran secara berjemaah dan mengambil sebanyak mungkin manfaat darinya. Syukbah Isma Mesir yang terlibat menjayakan kempen ini adalah syukbah Madinah Nasr, Hayyu Sabie’, Mansurah, Tanta, Sayyeda-Abbasiah dan Iskandariah. Tambahan pula, hari ini 9 Zulhijjah merupakan Hari Arafah di mana Allah mengampunkan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang bagi mereka yang berpuasa pada hari tersebut.

Comments

comments

Leave a Comment