Aktivis Isma Mesir cemerlang bidang pengajian Islam diraikan

 Aktivis Isma Mesir cemerlang bidang pengajian Islam diraikan

anugeraheme
KAHERAH, 30 Ogos – Aktivis Isma Mesir yang cemerlang di bidang Pengajian Islam diraikan di majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar Pengajian Islam Tahun 2015 anjuran Education Malaysia Egypt (EME) bertempat di Dewan Muktamar Markaz Al-Lughah Syeikh Zayed, Universiti Al-Azhar Kaherah pada 29 Ogos lalu. Majlis yang julung-julung kali diadakan oleh EME ini meraikan seluruh pelajar-pelajar bidang pengajian Islam yang cemerlang dalam peperiksaan pada tahun 2015 dan dilancarkan juga pengenalan kepada wakil- wakil bagi setiap fakulti.

TYT YM Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Prof. Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim turut memberi kata semangat kepada penerima anugerah dan majlis diserikan lagi dengan ucapan penghargaan dari Prof.Dr Abd Mun’im Fuad Dekan fakulti Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar.

Seluruh warga Isma Mesir mengucapkan tahniah kepada para aktivis Isma Mesir yang menerima anugerah kecemerlangan dalam majlis tersebut. Isma Mesir komited dalam melahirkan aktivis yang cemerlang dalam akademik dan menyeru kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil agar menyahut seruan ISMA ke arah menjadi mahasiswa yang berkualiti.

Berikut adalah senarai aktivis Isma Mesir penerima anugerah kecemerlangan bidang pengajian Islam tahun 2015 anjuran EME;

Nama Natijah 14/15 Tahun Kos pengajian
Maryam Binti Mohd Din Jayyid Pra Sarjana Master Usuluddin – Tafsir

 

Nama Natijah 14/15 Tahun Kos pengajian
Mohd Qutaibah B.Ismail Jayyid Jiddan 3 Syariah Islamiah
Hikmat Bin Mohd Esa Jayyid Jiddan 1 Syariah Islamiah
Wan Adam B. Wan Mohd Azli Jayyid Jiddan 1 Syariah Islamiah
Syed Muhamad Firdaus Bin Syed Ayop Jayyid Jiddan 1 Syariah Islamiah
Muhammad Iqwan B.Zaidi Jayyid 3 Syariah Islamiah
Mohammad Fadhil B.Yahya Jayyid 3 Syariah Islamiah
Wan Ahmad Izzat B.Wan Ahmad Sanadi Jayyid 3 Syariah Islamiah
Muhammad Naim B. Saiden Jayyid 3 Syariah Islamiah
Muhamad Rusydan B.Muhamad Yusup Jayyid 2 Syariah Islamiah
Ahmad Lutfi B.Paridin Jayyid 2 Syariah Islamiah
Amar Ismat Bin Mohd Nasir Jayyid 3 Usuluddin
Muhammad Rusyaidi Jayyid 2 Usuluddin
Muhammad Muadz B.Mohd Rais Jayyid 3 Ulum Islamiah

 

Nama Natijah 14/15 Tahun Kos pengajian
Sakinah bt Abdul Samad Mumtaz 3 Ulum Islamiah
Mursyida bt Siddek Jayyid Jiddan 1 Syariah Islamiah
Abiidah bt Fadzlan Shahidi Jayyid Jiddan 3 Syariah Islamiah
Fathiah Solehah bt Ismail Jayyid Jiddan 2 Ulum Islamiah
Nur Ashikin bt Mathuridi Jayyid Jiddan 1 Ulum Islamiah
Aishah Kamelia Hani bt Rosli Jayyid 3 Syariah Islamiah
Qatrul Aini bt Ismail Jayyid 2 Syariah Islamiah
Zinnierah bt Rushdan Jayyid 2 Syariah Islamiah

 

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *