Isma Hayyu Sabie’ selami sejarah Tasik Qarun

familydayh7
AL-FAYOUM, 27 OGOS – Isma Mesir Syukbah Hayyu Sabie’ telah menganjurkan Hari Keluarga yang bertempat di Fayyoum demi meraikan hak hak ukhwah di antara warga Isma Hayyu Sabie’. Perjalanan ke Fayyoum mengambil masa selama 2 jam merentasi Tasik Qarun yang mana merupakan tempat bersejarah ketika Raja Qarun suatu masa dahulu dan juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia khususnya di Mesir.

Program yang disertai seramai 35 orang ini bukan sahaja hanya untuk bersuka ria tetapi niat yang menentukan amalan seseorang menurut kata pengarah program Ustaz Muhammad Salman Bin Pahami. Tambahan pula, program ini juga merapatkan lagi hubungan antara pelajar baru dan juga pelajar lama demikian ucapan wakil Majlis Tertinggi Isma Mesir Syukbah Hayyu Sabie’, Ustaz Aqil Bin Rozain. Peserta juga turut menikmati juadah BBQ di akhir program setelah bermain pelbagai aktiviti bersama.

Comments

comments

Leave a Comment