I-Medik Mesir santuni anak yatim tempatan

imedik

Kaherah, 27 Ogos – Mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai universiti di sekitar Kaherah telah menjayakan program Santun iaitu sebuah program amal untuk anak-anak yatim di sini semalam. Program kebajikan anjuran sebuah agensi dari Isma Mesir iaitu I-Medik Mesir ini telah diadakan di sebuah rumah anak yatim bernama Darul Hena Wa Henady, Hayyu Asyir.

Menurut I-Medik Mesir, antara objektif program ini adalah bagi menambahkan kasih sayang terhadap anak-anak yatim serta merapatkan jalinan antara pelajar Malaysia dengan masyarakat di Mesir. Selain itu program seumpama ini diadakan bagi menyahut seruan Ilahi untuk berlaku baik dan ihsan terhadap anak-anak yatim serta menyantuni mereka dan mengeratkan hubungan kasih sayang.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah merakamkan pelbagai memori manis dalam kalangan peserta dan anak-anak yatim yang tinggal di rumah anak-anak yatim tersebut.. Para peserta telah melakukan pelbagai aktiviti menarik dan seterusnya menyampaikan hadiah cenderahati dan penghargaan kepada mereka.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *