Permata kedua penyeri keluarga

ABBAS AL-AKKAD, 17 Julai : Genap setahun Ahmad Arsyad Lee dilahirkan pada 15 Julai lalu, seluruh warga Isma Mesir menerima berita kelahiran adik perempuannya pada jam 1 pagi keesokan hari. Mujahidah ini selamat dilahirkan di Klinik El Joudy, Abbas al-Akkad, seberat 2.5kg.
Ibu bapa bayi ini, Ustaz Muhammad Faiz Lee Adi Johan Lee merupakan graduan Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar manakala pasangannya Ustazah Ainul Farhana Muhammad Idris pelajar Tahun 4 Fakulti Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar.
Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi menyumbang ke arah kemenangan Islam suatu hari nanti.