Perbezaan persatuan tidak mampu menghalang kesepakatan mahasiswa

Madinah Nasr, 8 Julai – Ratusan mahasiswa dan mahasiswi membanjiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Isma Mesir 2016 (SAFI) di Hayyu Asyir, Kaherah merealisasikan makna Hari Raya Aidilfitri iaitu mengeratkan silaturrahim sesama saudara seaqidah.
“Aidilfitri adalah syiar lambang kekuatan dan kebanggaan bagi seorang muslim. Kekuatan yang paling dibanggakan adalah kesatuan sesama orang Islam.
“Itulah manifestasi iman seorang muslim dalam menterjemah keimanan dalam hidupnya. Isma Mesir berusaha merealisasikan makna ini dalam masyarakat pelajar Mesir dengan menganjurkan majlis Aidilfitri ini.” ujar Ustaz Zaid Bin Zainurrashid selaku pengarah program SAFI 2016.
Tambahan beliau pula, kesatuan dan kesepakatan mahasiswa tidak patut dihalang oleh perbezaan persatuan malah ia mesti diusahakan dalam membentuk masyarakat pelajar yang matang dan profesional.
Majlis turut dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim, Menteri Penasihat (Pendidikan) Education Malaysia Egypt (EME) bersama dengan pimpinan-pimpinan persatuan pelajar lain.