Kelahiran puteri sulung Ketua Wanita Isma Mesir

nawal

ABBAS AKKAD, 2 Julai – Tepat jam 9.26pm warga Isma Mesir telah dihadiahkan dengan berita gembira kelahiran puteri sulung kepada Ustaz Ahmad Nawal bin Mazlan mahasiswa Kuliah Ulum Islamiah tahun 3 dan isterinya Ustazah Fadhlin Sakinah Mohd Hussaini mahasiswa sarjana kuliah Syariah American Open Universiti.

Ustazah Fadhlin yang merupakan Ketua Wanita Isma Mesir manakala Ustaz Ahmad Nawal merupakan Ketua Syukbah Madinah Nasr selamat menimang cahaya mata di Hospital Al-Joudy, Abbas Al-Akkad seberat 3.3kg. Ibu dan anak dilaporkan sihat.

Semoga anak sulung ini menjadi generasi harapan yang berbakti pada ibubapa dan juga umat.

Comments

comments

Leave a Comment