Pulang membawa ijazah dan risalah

image

 

MADINAH NASR, 26 Jun – Kepulangan tiga orang aktivis muda Isma Mesir ke tanah air ibarat sirih pulang ke gagang dengan membawa misi ijazah dan risalah.

Mereka adalah Ustaz Asyraf Bin Othman merupakan Graduan Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Ustaz Syed Salahuddin Bin Syed Ayob seorang mahasiswa Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar dan Ustaz Zaki Mursyid juga mahasiswa Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar.

“Kepulangan kami ke tanah air adalah permulaan kepada perjalanan kami.” ujar Ustaz Syed Salahuddin semasa ucapan wida’ beliau. Ustaz Syed dan Ustaz Asyraf pulang ke tanah air pada 27 Jun 2016 manakala Ustaz Zaki pula akan pulang pada 1 Julai 2016.

Semoga kepulangan mereka memberi nafas baru kepada dakwah di tanah air dan melahirkan lagi figur-figur dakwah tarbiyah di Mesir.

Comments

comments

Leave a Comment