Mujahid sulung rahmat Ramadhan

image

 

ABBAS AKKAD, 26 Jun – Setiausaha Isma Mesir, Ustaz Abdur Rahman Raji bersama isteri, Ustazah Nor Habibah binti Annuar selamat menimang cahaya mata seorang mujahid. Putera sulung pasangan muda ini telah selamat lahir tepat jam 10.40 pagi dengan timbangan 3.3 kg di Hospital Al-Judy, Abbas Akkad.

Ustaz Abdur Rahman Raji merupakan Graduan Usuluddin Universiti Al-Azhar manakala pasangannya, Ustazah Nor Habibah binti Annuar sedang menuntut di Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, tahun tiga.

Semoga mujahid yang lahir di kala bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi pewaris perjuangan ibu bapanya dalam dakwah dan tarbiyah.

Comments

comments

Leave a Comment