Isma Mesir perkasa jentera media

photo_2016-06-22_23-00-05

Kaherah 20 Jun – Isma Mesir melalui Biro Penerangannya telah menganjurkan bengkel iMedia buat kali ke-5 di Pejabat Isma Madinah Nasr bagi memperkasa jentera media.

Seramai 30 orang ahli Isma telah menyertai bengkel yang berlangsung di Pejabat Isma bermula pada jam 8 pagi. Tujuan Isma mengadakan bengkel ini adalah untuk mengasah bakat ahli dan mengencarkan lagi dakwah melalui media.

“Zaman kini media amat penting untuk berdakwah kepada masyarakat ” kata Ustaz Ismail Jufri selaku tenaga pengajar bengkel kewartawanan.

Bengkel ini tamat pada jam 5 petang selepas solat asar berjemaah seterusnya bersurai.

photo_2016-06-22_23-00-45

Comments

comments

Leave a Comment