Lahir tatkala rembulan Ramadhan mengambang

ABBAS AQAD, 20 Jun – Komuniti Isma Mesir diserikan dengan kelahiran seorang lagi bayi dari pasangan muda, Miqdad Bin Abdul Fisol dan Siti Nazirah Binti Mohammad Nawawi. Puteri sulung mereka telah selamat dilahirkan ada jam 1.48 pagi tadi di Hospital Al-Judy, tatkala bulan sedang mengambang menandakan 15 hari bulan Ramadhan.

Ibu dan bayi, yang berukuran berat 2.9 kg ketika dilahirkan, dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan selamat. Sambutan ahli terbaru keluarga tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran sahabat dan saudara terdekat. Antara yang hadir ialah Ustaz Habib Bin Abdul Fisol, saudara kandung Miqdad.

Miqdad yang kini sedang menuntut di tahun kelima Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams, berasal dari Alor Setar. Siti Nazirah pula, yang berasal dari Jitra, Kedah, sedang menuntut di Markaz Bahasa Alim dalam pengajian Bahasa Arab, setelah tamat pengajiannya di peringkat Sarjana di Fakulti Perakaunan Universiti Utara Malaysia, UUM.

 

Comments

comments

Leave a Comment