EXCO Biro Dakwah timang cahaya mata

Ustaz Solehuddin bersama isteri, Nurshahira dan puteri sulung mereka di Hospital Darul Mar'ah, Roxy.

Ustaz Solehuddin bersama isteri, Nurshahira dan puteri sulung mereka di Hospital Darul Mar’ah, Roxy.

ROXY, 15 Jun – Ustaz Solehuddin Bin Ismail selaku EXCO Biro Dakwah Isma Mesir bersama isteri, Nurshahira Binti Mohd Ishak kini bergelar ibu bapa. Tepat jam 4.45 petang seorang cahaya mata telah selamat dilahirkan di Hospital Markaz Darul Mar’ah, Roxy. Bayi yang merupakan puteri sulung pasangan muda tersebut telah lahir dengan timbangan berat 3.2 kg dan dilaporkan oleh pegawai kesihatan yang bertugas, berada dalam keadaan sihat.

Ustaz Solehuddin yang berasal dari Negeri Selangor, kini sedang menamatkan pengajiannya di Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar manakala pasangannya, Nurshahira Binti Mohd Ishak yang berasal dari negeri adat pepatih, sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Ain Shams, tahun akhir.

Menurut pasangan dua sejoli ini ketika dilawati di Hospital Markaz Darul Mar’ah, nama puteri sulung mereka bakal diumumkan tidak lama lagi.

Comments

comments

Leave a Comment