Ramadhan bawa erti kehambaan sebenar

Kita hidup untuk mencapai tujuan kehambaan sebenar kepada Allah SWT sehinga kita mampu menundukkan nafsu kita sendiri dengan mengikat diri kita hanya pada syariat. Tiada siapa dalam kalangan kita yang mahu untuk terus kekal menjadi seorang pendosa kerana ia ibarat membunuh jiwanya sendiri.

Kerana itu Allah SWT telah menyediakan begitu banyak pintu-pintu hidayah untuk hambanya ketuk dan masuk kedalamnya dan antara pintu hidayahnya yang terbesar ialah Bulan Ramadhan.

Maka ramadhan ini bukanlah sebuah bulan yang biasa kita akan lalui tetapi ia adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan peluang dan gesaan khusus untuk mereka yang mahukan perubahan dan kehidupan yang baru.

Sebuah hadis riwayat Imam At-Tarmizi telah menyebut; “jika telah datang malam pertama dari Bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin jahat akan dibelenggu, pintu neraka akan ditutup dan pintu syurga akan dibuka dan diseru wahai pencinta kebaikan, dekat-dekatkanlah diri dan wahai pencari kejahatan, berhentilah!”.

Maka apa lagi yang kita mahu dari sebuah bulan yang mana di dalamnya ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga dan dihalang faktor terbesar kegiaatan seorang manusia iaitu syaitan-syaitan durjana? Apa lagi kita mahu yang kita mahu dari sebuah bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan? Apa lagi yang kita mahu dari sebuah bulan yang mana digandakan segala ganjaran dan pahala?

Maka bersedialah, terutama kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir,  untuk menuju ke sebuah bulan yang menjadikan kita sebagai seorang hamba yang sebenar.

Abdur Rahman Bin Ahmad Raji, Setiausaha Agung Isma Mesir 2016

Abdur Rahman Bin Ahmad Raji, Setiausaha Agung Isma Mesir 2016

 

Comments

comments

Leave a Comment