Isma, IKRAM, HALUAN, ABIM berganding di gelanggang bola jaring

 Isma, IKRAM, HALUAN, ABIM berganding di gelanggang bola jaring

ABBASIYYAH, 5 April – Perlawanan persahabatan bola jaring 31 Mac yang lepas telah menemukan pemain-pemain handal dari Wanita Isma Mesir, ABIM Mesir, HALUANsiswa Mesir dan Kelab IKRAM Mesir, yang telah berlangsung di Istad, Abassiyah.

“Perlawanan persahabatan ini membuktikan semakin ramai mahasiswi di Mesir mula menyahut seruan keterbukaan dari Isma”,  kata saudari Madeeha Syaheeda, timbalan ketua syukbah Isma Madinat Nasr ketika disoal wartawan Isma Mesir. “Semoga perlawanan ini menjadi titik penolak untuk mahasiswi Mesir lebih mengenali antara satu sama lain”, tambah beliau lagi.

Isma Mesir sejak tahun 2014 telah melancarkan kempen 4 Seruan dan seruan antaranya seruannya adalah Sepakat dan Terbuka. Seruan-seruan tersebut juga merupakan antara solusi kepada beberapa masalah yang melanda kelompok besar dalam komuniti mahasiswa Malaysia di Mesir iaitu berfikiran agak sempit dan tertutup.

Sejak pelancarannya, pelbagai aktiviti dan program telah direka khas bagi menangani isu ini dan perlawanan-perlawanan persahabatan di arena sukan merupakan antara medan yang amat mendapat galakan umum. Menurut saudari Madeeha, Isma Mesir amat terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin mencapai aspirasi yang sama seperti dilakukan ABIM Mesir dalam menganjurkan perlawanan ini.

Perlawanan bermula pada jam 6.30 malam dan berakhir pada jam 9 malam. Sambutan yang diterima sangat memuaskan dari kesemua wakil-wakil setiap badan mahasiswi yang terlibat.

Comments

comments

admin