Antara Aktivisme dan Mahasiswa

fa1

 
MADINAT NASR,28 MAC – Satu sesi perkongsian bertajuk “Sembang Santai:Mahasiswa & Aktivisme bersama Farrah Adeeba” telah diadakan di Rumah Johor Rabaah. Dalam sesi perkongsian ini, Puan Farrah Adeeba banyak menceritakan pengalamannya ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

“Ibu-ibu di Palestin adalah kunci kepada kekuatan rakyat Paletin. Tanamkan akidah dalam diri anak-anak sejak awal lagi. Sentuhan ibu dan ayah amat penting dalam membentuk anak-anak”, ujar Puan Farrah Adeeba. “Pejuang-pejuang di Gaza adalah para mahasiswa di siang hari dan pejuang di malam hari. Para mahasiswa harus memanfaatkan umur dan masa yang ada sementara masih kuat untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.” tambah beliau lagi.

Puan Farrah Adeeba merupakan seorang personaliti televisyen, aktivis kemanusiaan, pejuang hak rakyat Palestin.Dan juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Beliau berkunjung ke Mesir sempena Hari Wanita Islam(HARWANIS) yang dianjurkan oleh Sekretariat Biro Wanita Isma Mesir kelmarin.

Sesi perkongsian ini diselang seli dengan soal jawab antara mahasiswa yang hadir semalam. Sesi perkongsian ini bermula dari jam 6.30 malam dan berakhir jam 9.30 malam.

Comments

comments

admin