Isma Mesir lahirkan wanita tampil berani

fa

 

 

MADINAH NASR, 27 Mac – “Practice makes perfect”, kata personaliti TV Farrah Adeeba selaku penyampai bagi Kursus Pengucapan Awam yang dianjurkan oleh Biro Wanita ISMA Mesir semalam.

Kursus tersebut dimulakan dengan ucapan daripada saudari Nurul Izzati Azmi selaku Ketua Sekretariat Biro Wanita. Dalam ucapannya beliau menekankan objektif-objektif kursus tersebut dianjurkan. Objektif utama adalah melahirkan tokoh wanita ISMA Mesir yang berani dan mampu ke hadapan untuk menyampaikan Islam yang sebenar. Antara objektif lain, membina ahli wanita ISMA Mesir yang mampu berfikir secara kritis serta membina keyakinan diri ahli.

“Ketakutan adalah ketidakupayaan yang terbesar. Ia lebih melumpuhkan anda daripada anda berada di atas kerusi roda”, kata Puan Farrah Adeeba memetik kata-kata Nick Nujicic dalam slot pertamanya.

Antara isi penting dalam slot pertama ‘Apakah Persediaan Ketika Bercakap Di Khalayak Ramai’ adalah who, where, when, what, why dan how. Ia merupakan perkataan yang diperlukan untuk memulakan ucapan. Persediaan dengan berlatih secara kerap sangat penting bagi memantapkan pengucapan awam.

Kursus ini diteruskan dengan persembahan pengucapan awam daripada semua peserta berdasarkan tajuk yang diajukan oleh Puan Farrah Adeeba. Slot ketiga merupakan slot kuiz dan 3 pemenang utama telah mendapat hadiah istimewa yang ditaja sendiri oleh Puan Farrah Adeeba.

Kursus yang disertai seramai 43 orang mahasiswi ini telah diadakan di Dewan Jabbar, Madinat Nasr dan diakhiri dengan sesi soal jawab sehingga jam 2 petang. Respon positif dari para peserta membantu memberi input dan menambah keyakinan diri

Comments

comments

Comments are closed.