Ratusan Mahasiswi banjiri DMAK sempena HARWANIS

hrwnis

 

 

Kaherah 26 Mac 2016- Telah berlangsung Hari Wanita Islam (HARWANIS)  siri 4.0 dengan bertemakan ‘Empowering Muslimah Empowering The Ummah’ anjuran Sekretariat Wanita Isma Mesir. Majlis telah disertai oleh lebih 200 orang mahasiswi di Mesir. Majlis dimeriahkan lagi dengan pelancaran majalah sulung sekretariat wanita Isma Mesir, NEENA oleh Ustazah Norhafizah Abd Kadir, Setiausaha Kedua Pendidikan wakil PERWAKILAN.

Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan khas daripada Malaysia Puan Farrah Adeeba, dalam slot Muslimah Makeover yang mendedahkan kepada mahasiswi tentang kepentingan menjaga penampilan mengikut syariat Islam.Slot ini mendapat sambutan yang menggalakan dari semua peserta.

” Saya percaya bantuan Allah sangat hampir dalam mengubah keadaan umat kita ” kata saudari Zainun Nadhirah Bt Abdul Nasir pengarah HARWANIS 4.0 ketika berucap pada pembukaan majlis.

Pelbagai pameran dan gerai jualan telah dibuka, dan antara yang menjadi tumpuan mahasiswi adalah pameran I-MEDIK yang telah menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Juga pameran kekeluargaan, pameran wanita kreatif dengan mempersembahkan lukisan kanvas dan gubahan bunga secara langsung dan pameran Isma Mesir yang menjual produk-produk Isma Mesir.

Majlis bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah(DMAK), bermula seawal jam 9 pagi dan tamat pada jam 7 petang.HARWANIS telah disertai oleh mahasiswi dari pelbagai daerah di Perlembahan Sungai Nil termasuk Assyiut,Alex,Tanta dan Kaherah.

Comments

comments

Comments are closed.