Risaukan prestasi akademik, penuntut Al-Azhar digesa serius dalam pengajian

 Risaukan prestasi akademik, penuntut Al-Azhar digesa serius dalam pengajian

gamabr hiasan – ketika Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi Bin Hj. Ibrahim perasmikan Seminar Kebangkitan Pemikiran Islam pada tahun 2014

MOHANDISIN, 17 Februari – Bukan janggal lagi lepasan dari bumi Anbiya adalah aset negara yang bakal berbakti di tanah air dari segenap aspek terutama pembangunan rohani dan pengislahan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun penetilian mendalam mengesan satu fenomena yang mula membimbangkan berkenaan prestasi penuntut warga Malaysia di universiti ulung dunia, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Kajian yang telah dijalankan oleh Education Malaysia Egypt, EME, mendapati bahawa selama dua tahun yang lepas, pencapaian mahasiswa dan mahasiswi pengajian agama harus diberi perhatian yang serius.

Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi Bin Hj. Ibrahim, Menteri Penasihat (Pendidikan) Di Education Malaysia Egypt (EME) yang telah mengetuai kajian tersebut telah membandingkan educational curve antara penuntut di fakuklti sains perubatan dan penuntut di fakulti pengajian Islam. Beliau mendapati bahawa curve normal yang sepatutnya berlaku tidak terjadi pada pestasi penuntut aliran pengajian Islam, manakala educational curve bagi prestasi para penuntut jurusan sains kesihatan adalah normal.

“Curve yang terhasil adalah curve condong menaik, di mana jumlah pelajar yang lulus adalah sedikit dan jumlah pelajar yang gagal lebih banyak. Ini adalah curve yang tidak normal kerana ia menunjukkan majoriti pelajar gagal menguasai ilmu yang dipelajari, dan ini adalah tidak normal dalam pengajian. Jika dilihat peratusan akademik untuk dua tahun yang sebelumnya, peratusan pelajar yang lulus adalah 45% manakala yang gagal adalah 55%. Dan ini adalah tidak normal”, jelas Prof Radhi apabila diwawancara wartawan ISMA Mesir di pejabat beliau di Mohandisin.

Tambah Prof Radhi lagi, “isu akademik tidak boleh dijadikan isu yang sensitif dan tertutup, ia harus boleh dibincangkan secara terbuka dan perlu dijadikan fokus dalam pengajian. Namun kita berharap kerjasama dari semua pihak termasuk para pelajar dan pihak Universiti Al-Azhar beserta pihak Duta untuk membaik pulih keadaan ini”.

Lanjutan keperihatinan atas isu ini, EME telah mengemukakan beberapa solusi kepada pihak Al-Azhar bagi mencantas fenomena ini daripada terus membusung. Prof Radhi, yang telah berjumpa sendiri dengan pihak Universiti Al-Azhar, menerangkan, “antara cadangan yang diutarakan adalah supaya Universiti Al-Azhar menjalankan latihan industri kepada para pelajar supaya pelajar dapat menggarap kemahiran praktikal dan supaya dapat berinteraksi dengan masyarakat Arab”.

Dalam pada itu, pembentangan kajian-kajian ilmiah oleh para penuntut juga telah diusulkan supaya mahasiswa tidak hanya menghafal madah untuk peperiksaa semata, malah dapat menguasai ilmu tersebut dengan lebih mendalam di samping dapat menguasai bahasa Arab dengan lancar.

Tambah Prof Radhi lagi, penguatkuasaan kadar had kehadiran minima juga telah dicadangkan kepada pihak Al-Azhar di mana jika kurang kehadiran ke kelas-kelas kuliah, tindakan akan diambil berupa samada dihalang memasuki dewan peperiksaan atau pun tindakan-tindakan yang lain.

Comments

comments

admin