C’est L’amour Fokus Bendung Kebejatan Sosial

IMG_20151214_194529
MANSURAH,11 Disember 2015: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir Syukbah Mansurah untuk julung-julung kalinya berjaya menganjurkan satu forum diberi nama “C’est L’amour” yang membawa maksud “Inilah Cinta”.

Forum yang bertujuan sebagai satu wasilah untuk menangani masalah ikhtilat yang meruncing di Mansurah khususnya, mendedahkan persediaan kepada mahasiswi untuk membentuk peribadi muslim sejati sebelum merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan, memperbaiki perspektif perkahwinan pada pandangan mahasiswi dan memberi penerangan sebenar tentang perkahwinan yang mengikut syariat Islam yang sebenar.

Forum ini dikendalikan oleh saudari Nurul Amira Abdul Manan, Tahun 4 Perubatan Manchester, Universiti Mansurah selaku moderator & ditemani oleh 2 orang ahli panel iaitu Aina Nazurah Ab Rahman, Tahun 5 Perubatan, Universiti Kaherah dan Ustazah Aishah Kamiliah Hani Rosli, Tahun Akhir Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar.

Antara topic-topik yang berjaya dikupas adalah isu ikhtilat, persiapan diri seorang wanita muslimah sebelum melangkah ke alam perkahwinan, pengurusan kewangan sesebuah keluarga & tips-tips merangka dan membina sebuah perkahwinan.

Program diserikan lagi dengan persembahan khas dari wakil mahasiswi ISMA Mesir Syukbah Mansurah. Sebelum forum melabuhkan tirainya, sesi soal jawab telah dijalankan. Ahli forum telah memberikan penjelasan yang bernas selari dengan kefahaman dari pelbagai permasalahan yang timbul kepada mahasiswi yang hadir.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum 30:21), pesan Ustazah Aishah.

Program ini berlangsung selama dua jam setengah, bertempat di Beyt Haura’, Mansurah. Bermula pada jam 5.30 petang dan telah dihadiri oleh mahasiswi dalam pelbagai jurusan.

Wartawan: Ekah Faizal Selvaraj

Comments

comments

admin