HO’s Life in Borneo : Sabah pilihan graduan berjiwa kental

816214411_32366_2831241177982826240

ISKANDARIAH, 9 Disember- Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata,

لا أعلم علما بعد الحلال والحرام أنبل من الطب إلا أن أهل الكتاب قد غلبونا عليه

“Saya tidak mengetahui sebuah ilmu -setelah ilmu halal dan haram- yang lebih berharga iaitu ilmu perubatan, akan tetapi ahli kitab telah mengalahkan kita,” kata Dr Aliff Asyraf sebagai mukadimah dalam program ‘HO’s life in Borneo’.

Program anjuran I-Medik syukbah Iskandariah yang bertempat di tingkat 3 bangunan MARA ini telah menampilkan seorang doktor pelatih lepasan Universiti Iskandariah. Pengalaman yang ditimba di Sabah dikongsi bersama dan sedikit sebanyak menyedarkan realiti sebenar sebagai houseman.

“MO(medical officer) dari Sabah adalah antara yang paling kompeten dan baik kerana banyak pengalaman dengan kes-kes yang ‘full blown’ dan boleh melaksanakan prosedur yang tidak dapat dibuat di Semenanjung,”katanya apabila berkongsi tentang kelebihan HO di Sabah.

“ Jiwa besar takkan disibukkan dengan benda-benda kecil. Kita kena ada jiwa yang besar. Dan ‘think positive’ walaupun housemen ini banyak kena maki,”katanya lagi.

Beliau akhiri perkongsian beliau dengan mengajak hadirin untuk ‘be something bigger’ dan bukan hidup ikut telunjuk orang. Beliau melihat bahawa peluang dakwah di bumi Sabah sangat tinggi di samping mensasarkan cita-cita menjadi doktor yang paling kompeten.

Program yang disertai seramai 36 orang ini bermula pada jam 7.45 malam dan selesai sekitar jam 9 malam.

Comments

comments

Comments are closed.