Sukan jana perpaduan di KASUBE

HAYY SADIS, 17 November – Hampir 200 orang mahasiswa Malaysia di negara padang pasir ini telah menyertai dengan meriahnya, Karnival Sukan Belia (KASUBE) yang telah dianjurkan oleh ISMA Mesir syukbah Hayy Sabie’  dan syukbah Madinah Nasr di Nadi Syabab, Hayy Sadis pada 6 November yang lalu.

Tiga acara telah dipertandingkan iaitu futsal, badminton beregu dan merentas desa.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Asyraf Bin Othman, ketua Biro Dakwah, Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir, menjelaskan kepada para peserta tentang tema yang telah dipilih, ‘Fat 2 Fit Muslim’ yang mengajak mahasiswa Malaysia di Mesir agar sentiasa cergas dan aktif kerana ia adalah salah satu tuntutan Islam dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

Selain itu, Ustaz Muhammad Asyraf menegaskan tentang antara seruan ISMA Mesir iaitu terbuka dan sepakat sesama muslim yang mampu kita bina melalui karnival seperti ini.

12219337_10154369553982846_3900517603075707342_n
Pasukan Doraemon FC bersama piala kejohanan futsal KASUBE

 

Pertandingan futsal telah dimenangi kumpulan yang tidak asing lagi dalam kalangan komuniti nusantara di Mesir ini, Doraemon FC.

Saudara Mun'im afif selaku setiausaha Majlis Tertinggi ISMA Hayy Sabie menyampaiakna pingat dan hadiah cenderahati kepada saudara Haziq dan Najah.
Saudara Mun’im Afifi selaku setiausaha Majlis Tertinggi ISMA Hayy Sabie menyampaiakna pingat dan hadiah cenderahati kepada saudara Haziq dan Najah.

Manakala pertandingan badminton beregu telah berjaya diraihi oleh saudara Haziq dan Najah dari Syubro.

Saudara
Saudara Surya bersama pingat dan hadiah cenderahati sempena kemenagan beliau dalam merentas desa. 

Bagi pertandingan merentas desa pula, tempat pertama telah disandang pelari konsisten, saudara Surya dari Hayy Asyir.

Karnival ini berjaya mengumpulkan mahasiswa bukan sahaja dari Kaherah bahkan hingga ke Mansurah dan Shoubra dari latar belakang yang berbeza jurusan dan persatuan.

Karnival ini berakhir pada jam 12 tengahari dengan majlis pemberian hadiah dan sesi bergambar.

Comments

comments

admin