ISMA Mesir memasyarakatkan fikrah, turun padang

HAYYU ASYIR, 3 November – aktivis ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr pada sabtu yang lalu bertarikh 31 Oktober telah keluar beramai-ramai bagi menjayakan Kafilah Dakwah di kawasan sekitar Hayyu Asyir, Madinah Nasr. Aktiviti tersebut merupakan acara bulanan bagi semua ahli ISMA di serata Mesir, bertujuan bagi menyampaikan fikrah yang dibawa ISMA kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

Antara tujuan lain Kafilah Dakwah ini berlangsung adalah bai memasyarakatkan idea dan pandang sisi ISMA tentang isu semasa dan hal ehwal mahasiswwa, di samping menjernihkan segala syak wasangka yang mungkin timbul terhadap organisasi tersebut.

“Kita sentiasa komited dalam memberi penerangan kepada penuntut di Mesir tentang fikrah dan pandang sisi kami dalam pelbagai isu. Kami juga amat terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin berkongsi pendapat dan pandangan bersama kami dalam segenap isu, amat dipersilakan”, kata Syed Firdaus Bin Syed Ayob selaku ketua Biro Dakwah ISMA Madinah Nasr.

Tambah beliau lagi, “kejumudan dan dasar tertutup yang masih diamalkan oleh sesetengah mereka yang mendabik dada memperjuangkan Islam merupakan penghalang bagi penyatuan umat Islam secara amnya dan penyatuan mahasiswa secara khususnya dalam konteks sepakat dan bersama mendokong agenda Islami”.

Comments

comments

Comments are closed.