OMEC 3.0 gandingan padu I-Medik Mesir, EME, JKP DMAK

photo_2015-11-02_14-28-07
Sebahagian perserta mahasiswi yang hadir di OMEC 3.0

 

KASR AINI, 2 November : Opportunity In Medical Career Pathway Seminar (OMEC) 3.0 yang telah diadakan pada 30 Oktober yan g lalu telah menyaksikan gandingan padu antara tiga entiti yang tidak asing lagi di perlembahan Nil ini sebagai penganjur acara, iaitu Education Malaysia Egypt (EME), I-Medik Mesir dan Jawatankuasa Pusat Dewan Malaysia Abasiyyah Kaherah (DMAK).

OMEC yang berobjektif bagi menerangkan dengan lebih mendalam dan terperinci kepada para mahasiswa dan mahasiswi jurusan sains perubatan samada di fakulti perubatan, fakulti pergigian dan fakulti farmasi tentang hala tuju dan bidang yang boleh diceburi dalam sektor jurusan masing-masing. OMEC juga bertujuan bagi menyediakan platform bagi para mahasiswa dan mahasiswi jurusan sains perubatan dan para panelis jemputan yang terdiri daripada barisan doktor-doktor pakar dan profesional yang amat berpengalaman dalam bidang masing-masing, bagi berkongsi cerita pengalaman dan pendapat serbaguna serta beramah mesra untuk mengenali ahli-ahli profesional dengan lebih dekat.

Antara aspirasi lain penganjuran OMEC juga adalah bagi memperkenalkan para mahasiswa dan mahasiswi jurusan sains perubatan kepada figura contoh terdiri daripada golongan yang berjaya dalam bidang tertentu supaya dapat dijadikan contoh tauladan dalam kerjaya masing-masing. Selain itu, mendedahkan kepada para penuntut jurusan berkenaan kepada kepelbagaian ruang dan sektor yang boleh diceburi, dan bukan setakat bidang klinikal di hospital sahaja, juga merupakan antara objektif utama OMEC.

 

photo_2015-11-02_14-28-02
Sebahagian perserta mahasiswa yang hadir di OMEC 3.0

 

OMEC 3.0 menjunjung misi-misi tersebut dengan membawa nafas baru apabila kesemua panelis jemputan merupakan golongan doktor pakar dari Mesir sendiri, berbanding dengan siri-siri OMEC yang yang lalu, yang mengutamakan suara golongan pakar dari tanah air.

“Kita perlu mengambil contoh daripada golongan doktor-doktor pakar yang ada di Mesir. Tambahan kalian berada di negara ini, maka haruslah mengambil contoh dan pengajaran dari contoh live yang berada di hadapan kalian, di Mesir yang lebih dekat dan faham situasi kalian di Mesir”, kata Ustaz Muhammad Imran Bin Ibrahim, Setiausaha Kedua (Pendidikan/ Akademik Medic, Penyelidikan & Pengkomersilan) EME, ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Ustaz Muhammad Imran yang juga merupakan pengarah seminar tersebut sempat menegaskan bahawa penganjuran program-program seperti ini adalah penting bagi memastikan para graduan jurusan sains perubatan Mesir tidak tercicir apabila pulang ke tanah air kelak dek tiada perancangan teliti akan hala tuju  mahupun buta akan peluang yang lebih cerah yang mampu digarap dalam jurusan masing-masing. Tambah beliau, penganjuran OMEC 3.0 juga merupakan inisiatif EME bagi mengelakkan kelahiran graduan sains perubatan yang tidak kompeten dalam kerjaya mereka sebagai pengamal perubatan kelak.

OMEC 3.0 telah diadakan di Kasr Aini Conference Center, Kaherah dengan menjemput Dr Mervat Fawzy, Pakar Endodontik dari Fakulti Pergigian Universiti Al-Azhar, Prof. Madya Dr Muhammad Bahey El-Din, Pakar Pharmaceutical Microbiology dari Fakulti Farmasi Universiti Iskandariah dan Prof. Dr. Hussein,  Khairy, pakar bedah senior di Fakulti Perubatan Universiti Kaherah, serta saudari Hana Hasan, penuntut tahun terakhir kuliah perubatan Universiti Mansurah yang juga merupakan aktivis I-Medik Mesir. OMEC 3.0 juga telah menyaksikan kehadiran YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi bin Hj. Ibrahim, Menteri Penasihat (Pendidikan)EME yang telah menyampaikan ucapan perasmian penutup program.

Comments

comments

admin