Ketua Wanita Isma Mesir Cemerlang Akademik


konvo kak lin

Madinat Nasr,29 Oktober – إن تنصر الله ينصركم

Itulah ungkapan yang dapat diucap apabila Ustazah Fadhlin Sakinah binti Mohd Hussaini mampu meraih keputusan cemerlang di peringkat Ijazah dalam Fakulti Ulum Islamiah dengan pangkat Jayyid Jiddan Ma’a Martabat Asy-Syaraf . Beliau yang merupakan Ketua Wanita ISMA-Mesir sesi 2014/2015 dan 2015/2016 telah berjaya membuktikan bahawa kesibukannya dalam persatuan tidak sekali-kali menghalangnya untuk cemerlang dalam bidang akademik.

Berikut merupakan sesi wawancara ringkas diantara wartawan dan Ketua Wanita ISMA Mesir :

Wartawan :Tahniah di atas keputusan cemerlang yang saudari kecapi. Bagaimanakah saudari membahagikan masa antara pelajaran dan tugas sebagai Ketua Wanita ISMA-Mesir ?

Ustazah Fadhlin :
1) Saya mempunyai planner diri yang akan disusun dan diikuti secara cermat setiap hari bagi memenuhi tanggungjawab sedia ada.

2) Saya berusaha untuk fokus dalam apa jua perkara yang dilakukan. Semasa di dalam kelas, saya suka bertanya soalan kepada pensyarah dan memberi komitmen yang baik. Ini membantu saya untuk memaksimumkan waktu belajar.

Wartawan : Apakah tips saudari dalam menuntut ilmu di mesir ?

Ustazah Fadhlin :
1) Hati yang bersih dan niat semata kerana Allah. Saya mengimani bahawa ilmu itu cahaya dan hanya akan masuk ke dalam hati yang bersih.

2) Cara fikir yang benar. Mindset yang positif dalam menuntut ilmu dan ilmu yang diperolehi bukan milik saya sebagai individu, tetapi milik umat Islam.

3) Menunaikan hak orang lain khususnya hak Allah sebaiknya. Dengan melazimi zikir setiap hari membantu untuk tetap tenang. Selain itu, menunaikan hak orang lain seperti ziarah, memberi hadiah, saling menasihati membantu diri saya untuk terus positif dan kekal bersemangat.

4) Menghormati, menghargai dan mendoakan pensyarah yang telah mencurahkan ilmu kepada kita.

Wartawan : Apakah kelebihan yang saudari kecapi bila berjaya dalam akademik dan juga aktif berpersatuan berbanding dengan orang yang hanya berjaya dalam akademik sahaja?

Ustazah Fadhlin :
Kita menuntut ilmu bukan untuk diri sendiri semata, bahkan ilmu yang kita miliki adalah untuk memastikan syariat Allah dilaksanakan di atas muka bumi. Bagi saya, dengan beraktivisme di dalam ISMA Mesir membantu untuk merealisasikan ayat alquran( إن تنصر الله ينصركم) kerana secara realitinya kita tidak akan berjaya di dalam kehidupan seluruhnya melainkan dengan kita membantu agama Allah.


Demikian sesi temubual dengan anak kelahiran Negeri Sembilan. Semoga dengan kejayaan beliau ini dapat mencetuskan semangat baru buat mahasiswa-mahasiswa di perlembahan Nil.

Comments

comments

admin