TYT Duta Malaysia rasmikan pameran khat ASEAN

 TYT Duta Malaysia rasmikan pameran khat ASEAN
sumber gambar : Facebook page Arabic Calligraphy Exhibition by ASEAN Students in Egypt
sumber gambar : Facebook page Arabic Calligraphy Exhibition by ASEAN Students in Egypt

ZAMALEK, 17 Oktober : Genap seminggu yang lalu, pada 7, 8 dan 9 Oktober,  Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menganjurkan Arabic Calligraphy Exhibition by ASEAN Students In The Republic Arab of Egypt 2015. Pameran ini buat julung-julung kalinya diadakan dengan mempamerkan hasil karya seni khat dari pelbagai aliran tulisan daripada mahasiswa dan mahasiswi negara-negara Association of Southest Asian Nations (ASEAN).

Menggabungkan para khatat dari dalam kalangan mahasiwa dan mahasiswi ASEAN di Mesir dari negara  Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, pameran tersebut telah dikunjungi oleh para pelawat dari pelbagai latar belakang negara dan jurusan pengajian. Para tetamu kehormat dan barisan duta-duta dari negara tersebut juga hadir memeriahkan majlis.

TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Dato’ Ku Jaafar Bin Ku Shaari, dalam ucapan perasmiannya menyatakan rasa bangga beliau atas pencapaian mahasiswa dan mahasiswi ASEAN dalam meghidupkan kembali serta memelihara tradisi klasik karya tulisan khat ini. Selain itu, beliau juga berharap agar kerjasama antara negara-negara ASEAN di Mesir dapat dipupuk dan diperutuh pada masa-masa yang akan datang.

Pameran tersebut telah diadakan di Zaid Bakeir Hall, Music Library, Cairo Opera House yang terletak di Pulau Al-Gezirah di perairan Sungai Nil, wilayah Zamalek, Kaherah.

Comments

comments

admin