AKAL membina mahasiswi peka sejarah

alex

 

Iskandariah,10 Oktober – Isma Iskandariah telah mengadakan majlis ilmu bertajuk AKAL(adakah kau lupa) bertemakan menyelusuri zaman kegemilangan Islam.

‘Adalah penting untuk kita mengetahui sejarah jatuh dan bangun Islam terdahulu supaya kita dapat ambil ibrah dan pengajaran agar Islam dapat ditegak kembali’,kata saudari Kautsar Mohd Zahari selaku pembentang slot pertama berjudul Kegemilangan Tamadun Islam.

 

Peserta juga disedarkan dengan keadaan umat sekarang terutamanya di tanah air tercinta,Malaysia.Gejala sosial yang berleluasa ,hiburan yang melampau dan ideologi-ideologi  barat seperti humanisme,liberalisme dan sebagainya telah dimomokkan kepada masyarakat.Slot kedua berjudul Waqi’ Umat yang disampaikan oleh saudari Umi Najihah Ahmad Puat.

‘Melayu ini selalunya dikaitkan dengan Islam.Dan Islam di Malaysia adalah agama persekutuan iaitu Islam adalah agama tertinggi berbanding agama lain.Kita perlulah pertahankan agama kita supaya orang lain tidak senang-senang mahu menghina agama kita’,kata saudari Nur Hidayah Ilias selaku pengisi slot ketiga berjudul Identiti Tanah Melayu.

AKAL yang bermula pada jam 11 pagi disertai seramai 27 peserta.Program diakhiri dengan resolusi daripada pihak peserta dan majlis berakhir pada jam 3 petang.

Comments

comments

Comments are closed.