Yahudi main peranan besar memunculkan syiah

photo_2015-10-08_07-37-17

HAYYU ASYIR, 7 Oktober – “Abdullah Ibn Saba’ yang merupakan seorang Yahudi telah memainkan peranan yang besar dalam kemunculan gerakan Syiah,” ujar Ustaz Mohamad Zabidi B Abd Samad, graduan kuliah Usuluddin (Aqidah & Falsafah) Universiti Al-Azhar tahun 1999 di dalam sebuah wacana bertajuk Pengenalan Kepada Syiah Imamiyah anjuran Majlis Ulama Isma Mesir (MUIS-Mesir) malam kelmarin. Wacana bersiri ini yang membincangkan seputar isu Syiah tersebut telah diadakan di Dewan Jawa Barat, Hayyu Asyir telah dihadiri oleh sekurang-kurangya 50 orang mahasiswa dari pelbagai universiti di Kaherah.

Ustaz Mohamed Zabidi yang juga merupakan YDP i-Guru Kelantan menambah lagi bahawa antara punca kemunculan gerakan Syiah adalah sifat taksub atau fanatik yang berlebihan terhadap seseorang individu atau sesebuah kumpulan. Beliau turut menceritakan secara terperinci berkenaan peringkat-peringkat kemunculan gerakan Syiah yang bermula seawal zaman pemerintahan khulafa’ Ar-Rasyideen.

Menurut Ustaz Hakimi Bin Lockman, Setiausaha MUIS-Mesir wacana Pengenalan Kepada Syiah Imamiyah yang diadakan pada malam tersebut adalah siri pertama daripada siri-siri wacana yang akan diadakan secara berkala pada masa akan datang.

Comments

comments

admin