WAJIS rai 7 pasangan mempelai

HAYYU ASYIR, 29 September – Kemeriahan Walimah Jamaie ISMA Mesir (WAJIS)2015 yang telah berlangsung pada 26 September yang lalu, terpancar dengan sambutan tujuh pasangan pengantin baru dalam kalangan aktivis ISMA Mesir. Sepanjang tempoh cuti musim panas tempoh hari, terdapat lebih 10 pasangan yang terdiri daripada para aktivis ISMA Mesir telah mendirikan rumah tangga. Ada yang bernikah di Mesir dan selebihnya dinikahkan di tanah air. Tujuh pasangan daripada mereka yang telah pulang ke Mesir bagi meneruskan sesi akademik masing-masing telah diraikan di WAJIS.

Dalam pada itu, majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat dari ibu pejabat Education Malaysia Egypt, EME Ustaz Hj. Ahmad Zakuan Bin Md Khudzari, Ustaz Hj. Muhammad Imran Bin Ibrahim dan Ustaz Hj. Azmi Bin Muhamad. WAJIS juga dihadiri oleh rakan-rakan dari pelbagai warganegara dari seluruh seantero dunia.

WAJIS 2015 yang telah berlangsung di perkaranganh Masjid Salam, Hayyu Asyir telah menyakdisan seramai 500 orang haririn yang terdiri daripada pelbagai latar belakang jurusan dan persatuan. Bermula pada jam 10.00 pagi dengan ketibaan para mempelai sedondon, majlis diserikan oleh ucapan penganjur dan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Naseh.

Berikut adalah senarai nama pengantin baharu yang telah diraikan di WAJIS 2015 :

  1. Ismail Bin Muhammad Juffri dan Lubabah Binti Mohamad Muhsin
  2. Khairi Aiman Bin Mohamed dan Nur Amirah Binti Saidin
  3. Muhammad Nuaim Bin Mat Nasir dan Wan Nurhazila Binti Wan Azeri
  4. Ahmad Nawal Mazlan dan Fadhlin Sakinah binti Mohamad Hussain
  5. Amar Ismat Bin Mohd Nasir dan Fahima Nazihah Binti Mohamad Hussaini
  6. Usaid Bin Fakhruddin dan Wan Nurshahirah Binti Wan Azhal
  7. Muhammad Affiq bin Kamaruzaman dan Siti Nurul Kauthar binti Saedal Atas

Comments

comments

admin