Jahiliyah moden bertopengkan hak kebebasan

 

MADINAT NASR, 15 September – Biro Wanita ISMA Mesir syukbah Madinah Nasr telah menganjurkan program berkala, Bicara Muslimah semalam. Program tersebut yang diadakan sebulan sekali telah mengupas tajuk Perhambaan Wanita : Jahiliyah Lampau vs Jahiliyah Moden.

“Misogini adalah perasaan benci pada wanita yang telah diwujudkan oleh tamadun lampau untuk merendahkan martabat wanita”, kata saudari Madeeha Syaheedah Binti Hishamuddin, ahli panel pertama yang juga merupakan Timbalan Ketua Syukbah ISMA Madinah Nasr dalam program tersebut.

“Bagaimanapun, Islam telah mengangkat martabat wanita ketika mulanya Islam muncul. Lelaki dan wanita mempunyai kewajipan yang sama di sisi islam iaitu menghambakan diri kepada Allah bukan kepada manusia”, ujar beliau lagi.

Menurut Madeeha lahgi, dalam Islam wanita juga diberikan hak menuntut ilmu dan hak pemilikan sesuatu barang berbanding dengan sistem jahiliyyah yang ternyata mengongkong kebebasan wanita.

“Muslimah seharusnya mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian mereka serta sentiasa berada dalam kelompok yang baik”, hujah saudari Nurul Sakinah Bin Azmi pula, merangkumi ahli panel kedua.

Namun yang merisaukan, menurut Sakinah yang kini menuntut di kuliah perubatan Universiti Al-Azhar, wanita Islam di zaman moden kini telah semakin jauh dari kefahaman agama yang sebenar malah menganggap Islam menyekat hak kebebasan yang sepatutnya mereka nikmati.

Forum Bicara Muslimah yang telah diadakan di dewan DAHA, tersebut telah bermula sejurus selesai solat fardu maghrib dan tamat sekitar jam 8 malam. Program ini turut diserikan dengan persembahan dari kumpulan nasyid Durrah.

Comments

comments

Comments are closed.