200 Pelapis Pimpinan Isma Mesir Berkumpul di Tafaqquh Soifi 2015

Kaherah, 24 Ogos – “ Tarbiyyah kita mengajar untuk bukan sekadar menjadi muslim yang baik dan berakhlak soleh, bahkan menjadi pimpinan umat yang berpengaruh dan berilmu “ ulas Ketua Biro HRD Isma Mesir, Ustaz Ahmad Farhan bin Selamat, terhadap keberjayaan program Tafaqquh Soifi yang telah dianjurkan oleh Biro HRD Isma Mesir. Program tersebut telah dihadiri seramai 200 bakal pemimpin muda Isma Mesir dari seluruh cawangan Mesir.

Bertitik tolak kesedaran terhadap peri pentingnya melahirkan barisan kepimpinan muda umat di Malaysia yang berwibawa, program yang berlansung selama 3 hari tersebut telah disusun menggabungkan antara  seminar – seminar ilmiah, bengkel – bengkel kupasan idea, kursus latihan fizikal, projek berkumpulan dan sesi mentoring. Antara tajuk – tajuk yang dibicarakan di dalam seminar tersebut adalah Menilai Politik Semasa : Fiqh Awlawiyaat, Mengarus-perdanakan Agenda ISMA berdasarkan Risalah Adakah Kita Golongan Bekerja IHAB, serta Membangun Idea Pembukaan Andalus.

Kebanyakkan peserta adalah dari kalangan mahasiswa pengajian Islam dan perubatan, yang bakal mencorak arus baru dalam pentas kepimpinan negara kelak. Hal ini menjadi keutamaan Isma Mesir untuk menyediakan program – program berskala kepimpinan negara dan profesionalisme tinggi kepada mahasiswa – mahasiswa di perlembahan Nil.

Comments

comments

Comments are closed.