Ijtima’ Soifi ’15: Pilihan Anak Muda Berukhwah

Matrouh, 31 Ogos 2015 : Pada 27-29 Ogos yang lalu, sebuah program berbentuk rehlah besar-besaran telah dilaksanakan dengan jayanya oleh ISMA Mesir. Program yang dinamakan Ijtimak Soifi itu telah dijalankan di salah sebuah pusat pelancongan ternama yang penuh bersejarah di Mesir di Mesir iaitu Pantai Ageeba, Matrouh.

Program ini dibuka penyertaannya kepada seluruh mahasiswa seluruh Mesir, samada ahli ISMA atau bukan ahli dan berjaya mendapat penyertaan melebihi 200 orang. Mereka telah disajikan dengan program berbentuk santai dan beberapa permainan seperti bola tampar pantai, polo air, bola pantai dan lain-lain.

Dalam ucapan penutup, Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Umar Farouq Morhalim telah menekankan kepada peserta bahawa berjalan melihat keindahan alam adalah satu suruhan Allah terhadap hambanya yang direkodkan beberapa kali dalam Al-Qur’an.

Beliau berkata, “tuntutan Allah terhadap kita bukan sahaja sekadar menghayati keindahan alam, tetapi untuk melihat dan mengambil pengajaran bagaimana ummat-ummat terdahulu yang hebat telah dimusnahkan oleh Allah akibat kekufuran mereka”.

Manakala, pengarah program, Ustaz Wan Ahmad Fathin pula menyatakan harapan agar ikatan ukhuwah yang terbina dalam program ini dapat diteruskan selepas selesai program kerana nilai seorang mukmin itu ialah pada persaudaraan sesama Islam.

Peserta program menetap selama 3hari 2 malam menghabiskan masa berseronok dan bergembira mengikat ukhuwah antara mereka, saling kenal-mengenali serta menikmati keindahan Pantai Ageeba yang tiada tolok bandingnya.

is 3 is 4

Comments

comments

Comments are closed.