Muslimah Penentu Masa Depan Ummah

USRAH

 

 

MADINAT NASR,18 Ogos – ‘Sekiranya kita mahu mengetahui keadaan masyarakat di masa hadapan,lihatlah kepada wanita sekarang’.Begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Ustazah Nor Habibah binti Annuar dalam program Bicara Muslimah semalam.

Program Bicara Muslimah anjuran Biro Wanita Isma Mesir ini bertujuan untuk mendedahkan pembentukan jati diri yang sebenar sebagai seorang muslimah demi kelangsungan generasi akan datang.

“Muslimah ialah seorang anak yang solehah,isteri yang taat,ibu yang penyayang dan yang paling utama hamba yang mengharap hanya kepada Allah’,ujar Ustazah Nor Habibah dalam slotnya yang bertajuk ‘Wanita dan Masa Hadapan’.”

“Sepertimana Maryam yang mengabdikan diri kepada Allah,ketabahan hati Aminah binti Abdul Wahab,dan Sarah isteri Nabi Ibrahim”,tambahnya lagi dengan penuh semangat.

Program bermula sejurus selepas solat maghrib dan tamat sekitar 9.00 malam.Program ini bertempat di Dewan Jawa Barat(JABAR),Hayyu Asyir ini turut diserikan dengan tayangan video yang menarik berkisar tentang wanita.

Comments

comments

Comments are closed.