Erti Merdeka Dan Bebas?

11824194_10207651570914288_624128988_n

 

 

Madinah Nasr, 5 Ogos – Bersempena bulan kemerdekaan, mahasiswi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir  Syukbah Madinah Nasr telah menganjurkan program Ijtima’ Syahrie semalam di Dewan Jawa Tengah (JATENG).

 

“Erti merdeka bagi seorang mukmin itu adalah pembebasan diri yang hakiki dari ikatan hawa nafsu, bebas di sisi Islam adalah bebas berlandaskan Al-quran dan Sunnah. Maka, akan lahirlah mukmin yang benar-benar sujud merdeka, merdeka dari dunia dan  seisinya”, ujar Ustazah Wafa’ Abd Halim selaku  Timbalan Ketua Wanita Isma- Mesir.

”Justeru, semangat patriotik yang lahir dari jiwa mukmin yang merdeka dari nafsu akan bangkit untuk membetulkan segala koroupsi-korupsi jahiliyyah yang muncul dalam negara” , tambahnya.

Ustazah Wafa’ mengambil peluang dalam ucapannya bagi  menjelaskan kembali kepada semua mahasiswi Mesir tentang erti kemerdekaan sebenar dalam individu seorang muslim serta peranan mereka sebagai mahasiswi di Mesir.

Objektif utama Ijtima’ Merdeka ini adalah bagi memupuk sifat cintakan Negara Malaysia disamping dapat mengeratkan ukhuwah dan saling berkenalan dengan mahsiswi baru. Ijtima’ Syahrie kali ini dengan nafas ‘MERDEKA’ turut diserikan dengan kehadiran mahasiswi baru dari pelbagai negeri seperti Johor, Perak dan Kelantan.

Program ini turut diceriakan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya kuiz sejarah, permainan ‘jika-maka’, tayangan video dan banyak lagi aktiviti yang lain. Program ini telah bermula sekitar jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam dengan sambutan hari lahir.

Comments

comments

Comments are closed.