Pelajar Kelahiran Kuala Lumpur Cemerlang dalam peperiksaan Azhar

gmabr hikmat28 Julai, KAHERAH :” Ilmu itu bukanlah pada banyaknya maklumat, tetapi ia adalah apa yang boleh memberi manfaat kepada umat walaupun sedikit. Kecemerlangan kita bukanlah setakat untuk diri kita, tapi untuk umat, supaya kita boleh kembalikan kefahaman yang sahih untuk umat”.

Itulah kata-kata nasihat yang diberikan oleh Hikmat Bin Mohd Esa, pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli ISMA-Mesir yang memperoleh pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Universiti Al-Azhar baru-baru ini. Pemuda berasal dari taman Keramat, Kuala Lumpur ini turut berkongsi beberapa tips kejayaan beliau ketika di temuramah

“Untuk peperiksaan, fahamkan teks, rujuk bahan luar kuliah, hafal apa yang ada di dalam buku kuliah, tawakal kepada Allah dan bukan pada usaha.Tunaikan hak seorang hamba kepada tuhannya”. Beliau turut dikenali sebagai seorang yang sangat rajin dan berdisiplin dikalangan sahabat-sahabat beliau.

Beliau juga merupakan salah seorang aktivis isma yang aktif mengikuti program-program yang dianjurkan oleh ISMA-Mesir malah turut terlibat secara langsung sebagai salah seorang dari tunjang utama Biro Penerangan ISMA-Mesir.

Comments

comments

Comments are closed.