Tahniah buat 4 pasangan mempelai aktivis ISMA Mesir

FotorCreated


26 Julai, KAHERAH : Seluruh warga ISMA-Mesir mengucapkan sekalung tahniah kepada 4 pasangan mempelai yang telah selamat diijabkabulkan baru-baru ini. 4 pasangan tersebut ialah:

1. Muhammad Iqwan B Ahmad Zaidi dan Husna Bt Abdul Halim

2. Muhammad Affiq B Kamaruzaman dan Siti Nurul Kauthar Bt Saedal Atas

3. Ahmad Nawal B Mazlan dan Fadhlin Sakinah Bt Mohd Hussaini

4. Amar Ismat B Mohd Nasir dan Fahima Nazihah Bt Mohd Hussaini

Pasangan Muhammad Iqwan B Ahmad Zaidi dan Husna Bt Abdul Halim diijabkabulkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah pada 1 Syawal baru-baru ini. Walimah mereka dijalankan serentak bersama Sambutan Aidilfitri ISMA yang dikenali sebagai SAFWAH. Pasangan-pasangan lain telah selamat diijabkabulkan di Malaysia.

Turut serta dalam pasangan mempelai ini ialah Ketua Wanita ISMA Mesir, Ustazah Fadhlin Sakinah Mohd Hussaini bersama pasangannya, Ustaz Ahmad Nawal B Mazlan

Warga ISMA Mesir mendoakan:

“بارك الله لكما وبرك عليكما و جمع بينكما في خير”

Semoga rumahtangga muslim yang dibina memberikan sakinah, mawaddah dan rahmah serta sentiasa diberkati Allah.

 

Comments

comments

Comments are closed.