Hampir 1,500 Mahasiswa Kunjungi Rumah Terbuka ISMA Mesir

raya 2
26 Julai,KAHERAH : ISMA-Mesir telah mengadakan Sambutan Aidilfitri ISMA MESIR dan Walimah (SAFWAH) di Dataran Hayyu Asyir, dengan kehadiran hampir mencecah 1,500 mahasiswa di Mesir yang turut bersama-sama menyambut lebaran di sini.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia Ke Mesir & Palestin, TYT Dato’ Duta Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir & Palestin yang turut merasmikan pejabat ISMA-Mesir pada hari yang sama. Dalam ucapan beliau turut memuji usaha ISMA-Mesir yang cuba merapatkan jurang antara persatuan-persatuan pelajar seluruh mesir.

Majlis SAFWAH kali ini turut diserikan dengan kehadiran para pegawai negeri dan Education Malaysia Egypt, serta wakil persatuan mahasiswa dari Kelab IKRAM-Mesir, Haluan Mesir, dan ABIM Mesir.

 

Comments

comments

Comments are closed.